Bismillah. Assalamualaikum and konnichiwa! ( ´ ▽ ` )ノ It has been a long time since my last entry. Rasanya ada laa dalam around 2 years kan tk update entry? I've been kinda busy for these past few years especially since my sister got married where now, I'm the one who in charged of the family (^_-) So, let's skip that part and today Aida nak share pengalaman Aida amik lesen D (Kereta) dngan B2 (Motor). Aida daftar dngan Akademi P.S Samy Sdn Bhd since Aida stay dkat Batang Kali kan so dkat area Hulu Selangor ni, Akademi P.S Samy ni laa yang paling bagus (I'm doing some promoting here hahaha jk). Aida mula daftar rasanya around 8 Disember 2016 exactly after my SPM sbb that time, memang perlukan lesen nak bergerak since I'm the older child so I need license to send my lil' brother and sister to school. Okay so masa daftar tu, dia bagi tarikh kursus KPP01 for both kereta and motor which is for kereta, tarikh kursus dia pada 21 Disember 2016 and for motor it was on 25 Disember 2016. And kalau dngan Akademi P.S Samy ni, dieorang ada sediakan transport untuk students yang stay jauh dngan HQ which is dkat KKB so untuk kursus or kelas, memang akan naik transport yang dieorang sediakan which is bus laa. Kalau students ramai haritu especially time kursus or ujian berkomputer, memang sardin laa kau dalam bas tu. Kalau dapat duduk pon dah kira bagus tau sbb Aida pernah berdiri dalam bas all the way to HQ (it's not the end of the world pon kalau berdiri dalam bas haha lol) and nasib baik laa jarak dari BK nak ke KKB tak jauh and only took around not more than half an hour. Tapi series talk, kalau berdiri dalam bas, get ready laa berpaut dkat mana-mana seat sbb jalan dia berbukit. To those yang biasa dngan jalan tu mmg tahu laaa. Okay settle je kursus, HQ akan bagi tarikh untuk ujian berkomputer a week after kursus. And nak dijadikan cerita, tarikh yang HQ bagi untuk Aida was on 7 Januari 2017 tapi time tu Aida lupa yang tarikh tu ibu dngan ayah kerja so terpaksa laa ubah tarikh ke 13 Januari 2017 。゚(*´□`)゚。 So, proses nak amik lesen tu jadi lambat laaa sudahnya. But, that's okay bcs everything that happened has it own silver lining (≧ω≦)ゞ Alhamdulillah! Untuk ujian berkomputer Aida dapat 69/70 (untuk dua kelas) so alhamdulillah lulus (☆´3`)
Alright! Next step. Tarikh penetapan kelas. So dekat Akademi P.S Samy ni, yang Aida faham laa, kalau untuk lesen motor, dia akan ada 2 kelas and untuk lesen kereta, dia akan ada 4 kelas yang berjumlah 16jam keseluruhan belajar untuk kereta laaa.
Waktu Belajar~
Here is my jadual belajar for both motor and kereta (ノ^o^)ノ
Motor : 15 Februari 2017 (Kelas 1), 25 Februari 2017 (Kelas 2) and 6 March 2017 (Kelas ulangan)
Litar motor (Source : Google)
Summary for motor's class : Okay, first of all, korang mesti pelik kan kenapa tetiba ada kelas ulangan tu sedangkan tadi Aida just mention yang ada 2 kelas je untuk motor? Or korang tak perasan langsung? Yeahh I know that. I'm a Virgo so yeahh I noticed every little things that you guy always doesn't seem to care at all. Doesn't that sounds that I'm angry? Hahaha actually no. Okay. Back to the topic! Sebelum start class, instructor tu ada explained pasal RSM dngan RPM. Masa kelas first tu, YA ALLAH weihhhh sumpah merana sbb Aida tak de basic or pengalaman naik motor langsung before this and the result is, TUNGGANG LANGGANG! Dah la tu, dia bagi motor Lagenda pulak tu. Gila tk berat?! Every time naik titi jee, confirm jatuh tepi grrr! Tu baru titi weihhh. Kalau bawak motor Lagenda ni, memang semua elemen dalam litar tu hancuss huhu. Second class jangan cerita laa, instructor kata dia nak buat pre-test sebelum dia 'order' tarikh JPJ test untuk kiteorang and aku pon apa lagi, cuak laaa weihhhhhhhh and I guess yang korang pon boleh teka kan mcm mana 'hasil'nya? I. WAS. FAILED. YEAHHH. BUT! That's okay though sbb Aida amik pengajaran drpd 2 kelas tu. And lepas gagal pre-test tu, Aida pergi office and dieorang bagi tarikh repeat class which is 6 March 2017 (2 days before my car's JPJ test lol) Untuk repeat class tu, memang Aida struggle nak mati sbb nak bagi pandai balance especially untuk meniti titi tu. Perghhh cabaran beb! Masa tngah practice tu, instructor tu ada bg tahu yang dia nak start buat pre-test around pukul 12.30 pm mcm tu and masa dia bg tahu tu dalam pukul 11am laa kot. So, apa lagi, aku amik motor then practice. Motor kriss rasanya time tu sbb motor tu mmg ringan. Start practice pukul 11am, tngah panas, berpeluh-peluh and niat nak lepas pre-test ni sbb nak dapatkn tarikh JPJ.
This sunburn bukti usaha Aida masa kelas ulangan untuk motor haritu (•̀o•́)ง
Dan alhamdulillah, Aida lulus pre-test tu then lepas selesai pre-test, Aida pergi office and dieorang bagi tarikh test pada 31 March 2017. Masa nak buat titi tu, Aida ingat pesan instructor tu. Dia kata ; '
Awak kalau nak lepas titi ni, awak fokus jee pada kon depan awak tu. Jangan tngok bawah langsung. Awak jatuh and goyang sbb awak tngok bawah.' Then, dia senyum. Masa practice tu, Aida try laa kan cara yang dia suruh buat tu and suprisingly it works! Ya Allah weihhh, betapa excitednya aku masa tu sbb musuh pertama aku dalam litar tu aku dah berjaya overcome! (「・ω・)「 So lepas titi selesai, Aida kena hadap musuh kedua pulak which is 'Menunggang Antara Kon'. For the past 2 classes, kon tu asyik jatuh je kena langgar dngan Aida (ᗒᗜᗕ)՛̵̖ Aida pon try laa cari tips dngan students yang lebih kurang baya-baya Aida jee and terjumpa laa dngan Najwa. Baik orangnya, kecik-kecik, comel-comel. Serious tk tipu.Hahahaha. So dia kata ;
'Time kau nak mula buat kon tu, kau press minyak tapi bila kau dah start nak lalu antara kon tu, kau lepaskan je minyak. Jangan press langsung kecuali kalau kau rasa kau dah nak terjatuh and itu pon kau press sikit jee. Kalau kau tk press minyak pon, motor still boleh gerak.' And macam biasa, Aida 'test market' tips tu dulu and yes, sama mcm kes titi tu, it works! Kalau korang ada masalah yang sama mcm Aida, boleh laa apply tips ni (as if kalau ada orang yang baca entry ni but let's try okay?) Untuk elemen yang lain dalam litar tu, alhamdulillah okay. Selesai sudah kelas motor yeayyy!
Kereta : 17 Februari 2017 ( Kelas 1), 18 Februari 2017 ( Kelas 2), 24 Februari 2017 ( Kelas 3) and 26 Februari 2017 ( Kelas 4)
Office Akademi P.S Samy Sdn. Bhd (Source : Google)
Kelas 1 : Malam sebelum kelas kereta tu, instructor tu ada call and nama instructor untuk first class tu
Cikgu Hisam and dia confirmkan nama and samada betul kita ada kelas esok or tak and dia bagitahu pukul berapa dia datang amik. Ohh and for your information, all fourth classes Aida start pagi either around pukul 10am atau paling awal 7am laa. And bukan tu je, untuk kelas kereta, instructor yang akan mengajar kita tu akan amik student dkat rumah so kira convenient laaa hehe. So, pagi esoknya dalam pukul 9am mcm tu, instructor tu ada call sekali lagi tanya rumah kita dkat mana hahaha. Sbb instructor ni tk berapa mahir area rumah Aida tu yang dia call mintk location. Lepas jee instructor tu call, Aida terus siap laa sbb mana laa tahu kan tetiba dia boleh jumpa rumah Aida dengan sepantas kilatnya (Advice : Better prepare awal sbb tak rugi apa pon kalau standby awal (^_-) ) Dalam around pukul 10am tu, instructor tu dah ada depan rumah and masa tu instructor tu naik Axia Manual kot rasanya dan maka dengan itu, kelas pertama untuk kereta pon bermulalah. Masa otw nak ke HQ naik kereta dngan instructor, dah smpai sana baru aku perasan yang whole the time aku tk pkai seatbelt. Sbb nervous plus excited punya pasal untuk first class smpai terlupa pkai seatbelt. Padahal masa dkat traffic light luar tu, polis tngah buat roadblock tau? Ya Allah, nasib baik laa tak jadi apa-apa and instructor tu pon tk berapa nak perasan hahaha 。゚(TヮT)゚。. Okay smpai HQ around pukul 10.30am laa mcm tu and first step, kena daftar dkat office dulu baru boleh start lesson then tukar kereta Viva. Untuk first class, Aida just kena practice bukit dngan selekoh S dan Z jee sbb baru first class kan? Chill dulu hahaha. And more thing, ayah Aida ada ajar basic on kereta manual sebelum start class so pengawalan clutch, minyak and brake mmg tk de masalah laa dkat sana. Sebelum start practice litar, Cikgu Hisam tu guide laa untuk RSM dgan RPK apa semua kann sbb tu kan syllabus baru untuk KPP sekarang ni. Rasanya instructor motor haritu ada kata yang dah dkat 4 tahun dieorang paki syllabus baru ni. Masa first class tu, Cikgu Hisam puji gilaa sbb Aida dah ada basic kan so alhamdulillah mmg smooth jee class haritu. Time naik bukit untuk first time tu mmg susah laa nak kawal clutch dngan minyak sbb tk dapat tune lagi kan tapi mmg struggle laaa time tu nak buat yg terbaik kan? Alhamdulillah boleh naik bukit dngan sempurnanya and cikgu tu puji lagi ; '
Terbaikk, Aida! Cenggini! (tunjuk thumbs)' Uishhh bangganya Aida masa tu hahaha. Disebabkan hari tu Jumaat, kelas Aida habis around pukul 11am lebih sbb Aida dapat catchup cepat and cikgu tu pon boleh pergi solat Jumaat cepat hahhaa. Selesai je solat Jumaat, Aida ingatkan instructor tu nak sambung class but instead dia kata class dah habis and pusing laa satu round litar tu sesaja sbb nak tukar kereta balik hahha. Lagipun masa tu dah nak dekat pukul 3pm and dia ada student lain yang start pukul 3.30pm rasanya. So selesai lahh kelas pertama~ Sampai rumah jangan cerita laaa weihhh, kaki kiri sakit gilaa sbb tekan clutch kan? Balik rumah terus sapu minyak angin and tidur hahaha. First time bawak kereta and manual pulak tu gilaa tk penat?
Kelas 2 : Untuk kelas kedua, malam sebelum class, instructor kedua ni tk de laaa call sbb cara ni depend pada setiap instructor. Untuk kelas kedua, instructor Aida ni namanya
Cikgu Shima. Cikgu ni baikk gilaa weihhh (mungkin sbb aku perempuan tu yang senang ngam haha lol jk) And mcm semalamnya, Aida sajaa jee laa standby awal dalam pukul 9am lebih laa mcm tu and dalam around 10am, Cikgu Shima call, dia tanya laa ; 'Kalau cikgu mula awal boleh tk sbb student cikgu tadi mintk balik awal and cikgu pon tngah free ni?' Aku pon apa lagi, on jee laa sbb lagi awal class korang start, lagi awal laa korang balik sbb kelas kereta ni kena fixed 4 jam untuk 1 class.Then, cikgu tu pon smpai laa rumah and cikgu tu dah biasa area sini so dia tak de maslah nak cari. Masa dalam kereta nak keluar taman tu, cikgu tu ada laa berborak dngan Aida and dia tnyaa laa ; 'Awalnya kamu siap.' Pastu Aida reply laa ; 'Haah sbb cikgu semalam amik awal tu yang hari ni pon standby awal.' Cikgu tu senyum je. Then smpai dkat satu bahu jalan tu, cikgu tu berhenti and tahu dia kata apa? 'Awak bawak ye?' Makkk aihhhh Aida lahh gabra time tu sbb haritu mmg first time bawak kereta so baca laa apa yang patut kann untuk keselamatan huhu. Dan alhamdulillah berjaya smpai HQ dngan selamatnya fuhhh~ Mcm biasa, daftar dkat office dulu baru stat class. Kali ni, untuk kelas kedua kira dah kena buat semua elemen dalam litar dan jugak jalan raya. Mcm biasa, bukit, selekoh S dgan Z tak de masalah. Cuma nak start parking dngan tiga penjuru tu hancur sikit sbb kena bnyak kawal stereng and cekap anggar tempat. Masa kelas kedua ni, still tk dapat cara nk buat parking dngan tiga penjuru dngan betul. Lepas selesai litar, kiteorang break dulu makan tengahari. Lepas luch, baru sambung jalan raya. Mula-mula, cikgu suruh masuk jalan raya A. Pusing 2-3 kali bagi hafal jalan. Lepastu, dia suruh buat jalan raya B tapi sebenarnya dalam kad pelajaran tu tk de pon disuruh buat jalan raya B untuk kelas kedua tapi saja cikgu tu buat extra. Habis round 2-3 kali untuk jalan raya, masa otw nk balik HQ, cikgu Shima ada laa puji Aida, dia kata ; '
Awak ni cepat ingat jalan. Kalau student lain tu susah sikit then dia senyum.' Uishhhh senyum smpai ke lubang telinga weihhh agahahagaha. Balik HQ, buat elemen litar 2-3 kali and lepastu balik. Yeayyyyy!
Kelas 3 : Kelas ketiga ni actually antara yang paling Aida akan ingat laa sbb instructor kali ni namanya
Cikgu Shazalee. Cikgu ni time kelas, dia garang gilaa and some kind of
OCD jugak laa hahah tapi bila luar kelas, dia baikk gila and sometimes tu funny gakk ahhh. Setahu Aida laa kan, sepatutnya instructor Aida untuk kelas ketiga tu Cikgu Hisam ; cikgu yang sama masa kelas pertama tu tp cikgu Shazalee kata dia ada kursus so dia laa yang take over. Kelas ketiga Aida start awal dalam pukul 7am mcm tu and ofc dapat balik awal huahuahahu. Masa pergi dngan balik, cikgu laa yang drive. Aida duduk sebelah jee hahaha. Tapi masa nak gerak tu, dia tnya laa mana ada kedai runcit and Aida pon pelik laa and tnya cikgu tu balik, nak buat apa kan? Pastu dia kata nak beli pil chikit tea aun tuu sbb pagi-pagi lagi dah sakit perut hahahah adoiii kelakar weihh cikgu tuu. And yeahh seatbelt pkai laaa hahha. Smpai HQ terus daftar and start class laa mcm biasa. Tp sebelum buat litar, cikgu tu ajar RSM and RPK. Memula dia test Aida dulu and dia tngok Aida mcm dok sangkut-sangkut jee (ye laa sbb kelas kedua haritu tak buat RPK dgan RSM huhuhu) dia pon bagi laa tips on bahagian mana nak buat dulu pe semua kann? Test 2-3 kali, baru okay huhuh. Then buat litar. And I wanna tell you, masa belajar dngan Cikgu Shazalee ni laa Aida bnyak belajar something new and boleh meluluskan Aida time JPJ test nnt especially untuk parking and tiga penjuru. Let me tell you, 4 jam class tu, bnyak habis dkat parking and tiga penjuru sbb ye laa masa kelas kedua tu kann memang hancuss. Berbelas-belas kali weihhh buat parking and tiga penjuru. Sbb cikgu ni some kind of OCD kan, tu yang dia tk puas hati kalau student dia tk boleh buat perfectly hahha my bad. Untuk tiga penjuru, dia siap tunjukkan demo lagi nak buat mcm mana. But most important thing is that disebabkan cikgu tu laa Aida berjaya buat parking dngan tiga penjuru. Kalau tak, smpai last class pon tk lepas parking dngan tiga penjuru. So, arigatou, sensei! (-ω-ゞ Lepas dia tngok Aida mcm dah mahir parking dngan tiga penjuru, dia pon suruh Aida buat jalan raya A dngan B sekali. Pusing 2-3 round then balik HQ and end of class~ And masa balik ni lagi kelakar tau? Lepas class Aida habis, cikgu tu nak amik satu students yang start kelas lepas kelas Aida and kebetulan rumah student tu dkat jee dngan area Aida dan disebabkan cikgu tu tk mahir area Aida (cikgu tu stay Kalumpang so tk mahir area Batang Kali) dia mintk laa tolong Aida carikan rumah student tuu. Nasib baik laa Aida ni jenis pandai cari tempat/location and last-last, alhamdulillah smpai rumah student tuu. Cikgu tuu gelak-gelak laa and dia kata ; '
Nasib baik laa ada kamu yang tolong cikgu carikan rumah dia ni haa kalau tk sesat cikgu.' Adoii kelakar laaa cikgu (ノ>▽<。)ノ
Kelas 4 : Kelas keempat ni lagi syiokk sbb apa tau? Malam sebelum class tu, branch ada sms dia kata class akan start pukul 7am esok so Aida pon okay laa sbb Aida tk kisah kalau awal tapi kalau lambat tu mmg tk gemor lee sbb kena balik lambat lol. Tapi terdetik jugak tau masa tu, instructor kali ni tak call ke kan? Masa tu dah mcm syakk yang kot kot cikgu Shazalee nak take over lagi sbb masa kelas ketiga tu dia ada kata mcm nak amik kelas Aida lagi. Bukannya tak suka tapi tu laa nak kena buat parking and tiga penjuru banyak kali huhuhu. Pagi tu masa tngah tunggu instructor datang amik, dok bercakap dalam hati ni supaya bukan cikgu Shazalee yang datang. Agak lambat jugak laa tapi tk de laa lambat mana pon around 10 minit lewat jee. Then, ada satu kereta Axia stop depan rumah. First thing yang Aida buat, Aida tngok driver dia dulu hahahha. Tngok-tngok bukan cikgu Shazalee (phewww hahaha) Cikgu tu
agak muda jugak laa around 20an mcm tu? Masa nak naik kereta tu, ada laa dia
mintk maaf sbb lambat tapi you know me kan? Aida tk kisah sngat pon janji smpai. Masa otw nk ke HQ, ada laa jugak dia berborak dngan Aida. Mungkin
jenis ceria kot sbb sebelum ni kalau dngan cikgu lain, Aida diam membatu jee duduk sebelah. Sepatah cikgu tnya, sepatah laa Aida jawab huhuu.
Macam-macam laa dia tnya. Sambung belajar ke tk? Berapa adik beradik? Dah breakfast ke? Then Aida jawab laa dah and Aida tnya dia balik, 'Cikgu dah breakfast ke?' Dia geleng jee. Haihh awal sngat ke kelas aku ni smpai cikgu ni tk sempat breakfast hahhaa. Masa kelas ni je special, sampai je HQ, tukar kereta and terus buat litar and masa tu jugakk laa ternampak satu teg dkat cermin pandang belakang tu ada satu kad yg tertulis dekat situ ; HAIZAN. Ouhhh
cikgu Haizan rupanyaa tapi jarang nmpak dia dkat litar kalau masa Aida tngah practice litar masa other class. Tapi sebelum start tu, ada jugak laa dia test RSM. Then masa tu, dkat cermin depan tu ada taik burung pastu aku tertekan wiper pulak habis putih satu cermin hahaha. Then, cikgu tu suruh pergi depan sikit nak basuh kereta hahaha sorry cikgu huhuh. Lepas tu terus buat jalan raya sbb pagi tu ada Le Tour De Langkawi so jalan raya A je bukak and kena practice pagi sbb kalau lewat sikit nnt sesak ramai orang. Untuk kelas keempat ni, you're all by your own. Means cikgu tk guide sngat dah. Cuma guide sikit-sikit je. Masa tngah buat parking tu, ternampak laa yang cikgu Shima bagi kuih dkat cikgu Haizan. Hahahha lapar sngat nampaknya. Then, buat bukit pe semua and pusing satu around smpai parking balik,
ternampak pulak cikgu Hisam. Dia tnya laa Aida ;
'Kelas berapa?' Then Aida angkat tangan tunjuk angka 4 sebab masa tu tngah eksaited buat parking hahaha. Pastu cikgu tu kata apa tau dkat cikgu Haizan?
'Bagus budak ni. Pandai bawak.' Huahahaha saya dengar cikgu kata apa tadi /hidung kembang lagi/ Lepas tu, terdengar pulak cikgu Haizan menyembang dngan cikgu Hisam yang dia kata dia bangun lambat pagi tadi sbb silap tngok jam. Dia ingatkan baru 5.45am rupanya dah 6.45am hahha. Patutlaaa cikgu lambat amik saya kan? Dalam pukul 10am mcm tu, kiteorang stop litar and pergi breakfast. Kesian pulak dkat cikgu tu sbb pagi tadi makan kuih jee huhu. Masa dkat kantin, cikgu tu jee yang breakfast. Aida teman jee. Aida sajaa je laa pilih tempat jauh orang sbb tk suka semak-semak ni sekali tngok cikgu Haizan tu pun duduk dekat situ jugakk. Sukahati laaa cikgu haha. Dia ada jugak
tnya Aida ; '
Tak makan ke?' Aida geleng jee sbb kenyang lagi masa tuu. Ingatkan dapat laa peace spot kan, selagi tngok ada satu team polis pon lepak situ. Dalam hati ni dah panas dahh sbb Aida tak suka ramai-ramai ni grrr. Dieorang in charge untuk LTDL tu rasanyaa based on their convo among them laa. Selesai breakfast, practice balik litar. Habis jee litar, terus pergi office isi borang 'booking' tarikh JPJ test and daftar sekali untuk kelas tadi. Selesai je urusan office, cikgu Haizan test RPK and alhamdulillah based on tips yang cikgu Shazalee bagi, tak susah nk ingat urutan dia. Habis buat RPK, terus balik around pukul 11am mcm tu and time tu hujan tk berapa nak lebat so Aida masih boleh drive lagi. Dan alhamdulillah selamat smpai rumah. Sebelum keluar kereta tu,
cikgu tu ada laa wish good luck untuk JPJ test Aida pada 8 March nnt. Selesai sudah keempat-empat kelas kereta~
JPJ TEST~
Kereta (8 March 2017) : Pagi test tu, nak pergi HQ kena tunggu bas dkat branch around pukul 8.30 am laa mcm tu and smpai HQ around 9am. Turun je dari bas, first thing kena buat is tngok nombor giliran dengan sesi dkat luar office then baru masuk office. Tapi tu laa nak dijadikan story, Aida careless masa tu tk tngok sesi sekali. Masa masuk office tu, kerani tu tanya nombor sesi and I was like ??? hahaha. Lepastu kerani tu senyum jee and dia pon suruh tngok balik senarai dkat luar tuu. So apalagi, keluar laa pergi check sekali lagi huhuh. And
nombor giliran Aida is
73 sesi pertama (I didn't take any picture masa tu sbb tak bawak smartphone and I just bawak phone nokia biasa jee) Lepas dapat tahu nombor giliran, kena tunggu nama kena panggil masuk meeting room untuk short briefing about test untuk hari tu. So, lepak-lepak jee laa dalam offfice tuu tunggu nama kena panggil. Tapi tngah lepak-lepak pon, tangan dngan kaki menggeletar habis hahaha. Once nama dah kena panggil, on the way nak masuk meeting room, staff akan bagi documents dngan tag angka giliran then masuk meeting room. Selesai jee briefing pe semua, terus pergi tempat menunggu dkat bengkel kereta. Then, instructor akan panggil number by number untuk line up pergi dkat kaunter yang ada officer JPJ tuu untuk isi borang test yang warna biru dngan pink tuu. Dah selesai isi borang, kena tunggu lagi untuk buat RPK hahahaa sbb turn Aida lambat even though sesi 1 tapi orang yang ke 73 kot. Lambatt lagii hahahah. One by one selesai then tiba laa giliran Aida. So, buat je laa mcm yang Cikgu Shazalee ajar haritu. Start daripada depan, masuk bahagian enjin then pusing sebelah pintu depan bahagian kiri, masuk bahagian but pastu bahagian belakang pusing smpai depan. Selesai! Alhamdulillah okay tapi tuu laa bahagian cermin belakang Aida lupa nk explain sbb masa tu bahagian but tu terbuka and Aida terus explain bahagian dalam but. Masa teringat tu punyaa laa cuak sbb mana tahu kot sangkut kan? Tapi alhamdulillah masa Officer tu bagi borang, Aida tengok dkat situ dia tulis semua okay ( ᐛ )و Selesai jee buat RPK, terus pergi tempat menunggu yang dkat dngan litar motor untuk test Bahagian II : Amali Litar. Masa tngah tunggu turn tu, mmg mcm-mcm laa perangai calon yang Aida tngok masa tuu. Ada yang start enjin time enjin dah hidup, ada yang berzaman buat parking, ada yang cikgu bawak (maknanya calon tu tk pakai seatbelt and gagal dngan cemerlangnya~) Rasa cuak, seram sejuk semua ada laa masa tuu. Then, smpai laa giliran Aida. And masa tu Aida dapat kereta Axia. Rasa legaa laa jugak sbb kereta Axia selesa laa sikit kan? Hahaha. Dah masuk kereta, tarik laa nafas pe semua. Then Aida terdengar ada
someone said ; 'Seatbelt! Seatbelt!' Aida pon apa lagi laa kan, terus tarik seatbelt. Ya Allah, masa tu kan kalau someone tu tak jerit perkataan yang paling berharga tu, confirm Aida dah gagal dengan cemerlangnya huhuhu. May Allah bless you! Okay, first task ; Mendaki Bukit. Naik jee bukit mmg dah cantik dah. Tayar pon dah landing atas line kuning then tarik handbreak. Sebut angka giliran and this is the time yang paling mencabar ; turun bukit, balancekan minyak dngan clutch. Masa Aida tngah balancekan tu, Aida teringat laa pesan Cikgu Haizan ; '
Awak lepaskan clutch smpai kereta bergegar lepastu tekan minyak lebih sikit baru dia pergi' Aida masa tu mmg dah lepaskan clutch smpai kereta bergegar tp minyak tak tekan bnyak sngat sbb Aida takut kereta tu menjok-jok (you know what I mean kan? A condition where the kereta jadi mcm kuda 2 kaki atas udara. Got it?) Apaa lagi, ke belakang balik ahh kereta tuu then cepat-cepat Aida break. Nasib baik laa tak reverse jauh sngat and still boleh naik lagi masa tu. Dalam hati ni dok terpikir kan asyik fail jee tapi bila officer tu borang masa turun bukit tu, Aida dah lega sbb dalam borang tu semuanya okay, alhamdulillah. Lepas selesai tu, pusing laa satu round litar untuk buat Selekoh S dngan Z. Untuk Selekoh S dngan Z alhamdulillah tk de masalah sbb dah biasa buat. Cuma jangan tekan minyak je masa lalu selekoh tu sbb kereta still boleh gerak kalau tk tekan minyak. Selesai yang tu, pergi Parking pulak. Slot parking ni ada 3 and masa tu ramai gila yang focused parking 1 dngan 2 so Aida pon cilok pergi parking 3 and alhamdulillah masa tu ada sorang calon tngah buat parking. Tak de laa lama sngat nk tunggu. So, Aida pon parking laa dulu dekat corner sebelum nak masuk perking tu. Lepas tu keluar kereta pergi hantar borang dkat officer yang ada dkat pondok berdekatan area parking and 3 penjuru tu. Selesai je calon tu buat parking, Aida pon masuk and buat laa mcm yang Aida buat dalam kelas ke-3 dngan ke-4 tu. Semua tips yang cikgu Shazalee and cikgu Haizan bagi tu Aida combine kan jadi 1 formula. Dan alhamdulillah selesai parking tk lebih dari 3 minit ◝( ′ㅂ`)و ̑̑ Next up ; 3 Penjuru. Make sure dkat 3 penjuru ni tk lebih dari 3 pergerakan tau? Tips yang Cikgu Shazalee ajar untuk
3 penjuru ni sama dngan masa Aida buat Selekoh S dngan Z tuu which is
tak payah tekan minyak langsung masa nak reverse tu. Kereta akan gerak smooth jee. Kalau kau kelam kabut nak tekan minyak jugak, tu yang akan jadi kes terlanggar line putih and lebih dari 3 pergerakan. Alhamdulillah, tak lebih dari 3 pergerakan dan tak langgar line putih. Keluar dari petak 3 penjuru then stop sebelum bukit and akan ada calon lain guna kereta yang Aida guna tadi. So, keluar jee dari kereta, pergi pondok tadi untuk amik borang. Masa amik borang tu, Aida tk tngok markah dia dulu. The first thing yang Aida tngok, dkat mana officer tu bulatkan ; LULUS/GAGAL. Alhamdulillah, officer tu
bulatkan LULUS and baru laa Aida tngok markah dia. Selesai Bahagian II : Amali Litar, pergi balik bengkel kereta tadi untuk tunggu turn lagi untuk buat Bahagian III : Amali Jalan Raya. Tunggu punyaa tunggu punyaa tunggu smpai dah nak tengahari baru laa smpai turn Aida. Sebelum nak start tu, Aida ada laa revise balik on RSM bagi tk lupa. Bukannya apa, kadang tngah nervous, semua benda boleh lupa hahaha. Bila smpai turn Aida, officer dkat kaunter tu bagi tahu nombor kereta and naik laa kereta yang dia bagi tahu tuu which is also Axia. Naik je kereta, mesti laa bagi salam kan? Hormat dkat officer tu. Lepastu explained laa dkat dia yang kita nak buat RSM. Dah selesai RSM, bagi laa tahu dia yang kita dah selesai. Selesai je RSM, bergerak laa kita ke jalan raya. Masa nak keluar dari HQ tu, officer tu tetiba suruh berhenti. Aida cuak namati sbb ingatkan kot Aida ada buat salah ke hape kan? Sekali tu, officer tu pergi dkat satu makcik tu, bagi tahu yang kereta dia dah block jalan and dah menyusahkan calon nak drive. Masa dia masuk balik dalam kereta tu, membebe;-bebel laa dia pasal makcik tu. Once makcik tu dah alihkan kenderaan dia, Aida pon bergerak laa masuk jalan raya and masa tngah bergerak tu, Aida dalam gear 2 nak masuk gear 3 tapi tersalah tukar gear. Aida pergi tukar gear 5 ⊙△⊙ Yee laa sbb masa tu bawak Axia which is ruang pertukaran gear dia mcm kecik plus Aida pernah bawak Axia sekali jee masa kelas ke-4 haritu confirm laa tk biasa lagi huhuh. Lepas tu officer tu mcm tegur laa kann ; '
Awak tukar gear 5 tuu' And Aida pon just ; 'Maaf, tuan'. So, pusing laa ikut route yang biasa Aida lalu time belajar. Selesai je jalan raya, balik HQ, amik borang dkat officer dalam kereta tadi then pergi kaunter tu balik untuk amik salinan borang. Dan alhamdulillah Aida lulus Bahagian III (p^-^)p Dah dapat salinan, pergi office untuk dieorang sahkan ujian. Disebabkan Aida amik dua kelas lesen, Aida kena tunggu test motor lulus baru dieorang akan keluarkan lesen. Selesai urusan dekat office, call ayah bagitahu yang Aida dah lulus and tunggu ayah datang amik. Lepas tu Aida bincang dngan ayah pasal lesen tu and ayah kata dia nak Aida drive dalam tempoh sebelum Aida amik test untuk motor so ayah pon pergi tanya branch dkat BK samada boleh amik lesen asing atau tk. And kerani tu kata boleh tapi kena bayar RM60 laa. Ni kira lesen sementara jee. Bila dah lulus JPJ test untuk motor, Aida akan dapat lesen P lengkap yang ada dua kelas. Selesai test JPJ kereta~
Motor (31 March 2017) : So mcm test kereta haritu, Aida kena tunggu bas dkat branch. Then bas datang amik and hantar ke HQ. Tapi untuk test mototr ni, dieorang galakkan untuk bawak helmet sendiri sbb helmet yang dieorang sediakan tu /cough/ berbau hahaha. So, Aida pon pinjam laa helmet ayah hahaha. Smpai HQ around pukul 9am mcm tu. Seperti biasa juga, kena cari nama dngan angka giliran and sesi dkat board luar sebelum masuk office. Masuk jee office, bagitahu kerani tu angka giliran kita dngan sesi. Then, nnt dia akan panggil nama korang untuk sesi short briefing before test (bla bla bla. Prosedur sama mcm test kereta tadi so tk perlu type benda yang sama hahah). Skip to the next part, selesai je urusan office terus pergi bengkel kereta untuk sesi RPM tapi sebelum buat RPM memang kena isi borang dulu laaa sama mcm test kereta haritu. Selesai isi borang, kita tunggu lagi hahaha. Untuk test motor, angka giliran Aida
20 sesi 2. Haaa hamikk kau, dapat sesi kedua huhuhu bertabahlahhh. Once dah smpai turn Aida, pkai helmet and pakai baju pemantul cahaya tu sebelum start RPM. Then buat laa RPM mcm biasa. Kalau compared antara RPM dngan RPK, RPM lebih senang yee laa sbb motor kan, komponen dia bukan bnyak sngat pon hahaha. Selesai RPM, amik borang dkat officer, tanggal helmet dngan baju pemantul cahaya then terus pergi litar motor. Masa tu ramai jugak laa smpai tk de tempat nak duduk. Dah laa Aida ni sesi kedua, memang janggut laaa menunggu.So, kita tunggu lagi. Then sampai laahh giliran Aida. Masa turn Aida tu, Aida mmg target nak motor Kriss sbb ringan and lagi satu, masa test tu, motor lagenda berlambak kot and memang kena berebut jugak laaa. Nak dijadikan nasib Aida baik masa tu, alhamdulillah dapat motor Kriss. Mula-mula tu, ada sorang calon tu dah amik dah motor tu tp bila dia start tak mahu hidup. Then dia tukar motor lain. Aida pon saja laa try luck kan? Saje je laa nak startkan enjin. Sekali tu, dia mahu hidup daaa. Betapa seronoknya Aida masa tu alhamdulillah. Sebelum naik titi, buat laa RSM tu semua. Masa naik je titi tu, Aida memang dah
niat dalam hati yang Aida nak lulus test ni sbb dah tak nak susahkan ibu dngan ayah sbb urusan lesen Aida tk settel lagi. Sepanjang titi tu, Aida tngok jee kon-kon dkat depan tu dan alhamdulillah
TAK JATUH TITI!! (۶ꈨຶꎁꈨຶ )۶ʸᵉᵃʰᵎ So, titi dah selesai. Then, Menunggan Antara Kon pulak. Memang nervous masa smpai menggigil tangan pegang handle. Niat yang sama jugak mcm tu dan alhamdulillah selesai. Habis je kon, memang Aida dah tk berapa nervous sngat dah sbb elemen yang lain Aida dah boleh buat. Selesai je Bahagian II : Amali Litar dkat elemen last tu, time tu Aida dah mmg boleh senyum sbb Bahagian III : Amali Jalan Raya mmg susah mana and confirm semua boleh lulus. Bahagian III ni dia tk de laa buat dkat jalan raya sebenar cuma dia buat around litar kereta jee. Sebelum start Bahagian III, dia kena buat RSM lagi. Selesai RSM, buat laa Bahagian III. Selesai je Bahagian III, sorong motor dekat tempat parking dia then naik pondok officer amik borang. Alhamdulillah officer tu
bulatkan LULUS. Masa tu tak tahu nak rasa mcm mana, nak nangis pon ada jugak masa tuu sbb mcm tk percaya yang Aida dah lulus (۶ꈨຶꎁꈨຶ )۶ʸᵉᵃʰᵎ Selesai test, mcm test kereta haritu, terus pergi kaunter dkat bengkel tu untuk amik salinan borang. Lepas tu baru pergi office ; selesaikan urusan test. Lepas Aida habis je test tu, ayah ada call yang dia kata dia dah ada dkat office. Masa on the way nak ke office tu laa yang ternampak ayah tuu. Then pergi kaunter and kerani tu kata laa yang lesen akan siap dalam 2 minggu. Balik tu jee, terus call ibu bagi tahu yang Aida dah lulus (´∀`)♡ So basically, selesai dah urusan lesen Aida and lepas ni tak perlu lagi dah nak datang sini lagi. Selesai test motor~
Sayonara~ (✿´ ꒳ ` )
So, that's it. Pengalaman Aida amik lesen kereta and motor dkat Akademi P.S Samy Sdn. Bhd. Kalau ada mana-mana tips yang korang nak cuba apply, amat dipersilakan sbb tips ni pon Aida dapat drpd orang lain so kita pass it on je ilmu ni supaya orang lain pon dapat memanfaatkan ilmu ni. Sekian sahaja untuk entry kali ni yang dah berminggu-minggu di save as a draft sbb Aida sibuk sikit dngan household chores smpai tk de masa nak mengedit entry ni. So, a big thamk you from me kepada sesiapa yang sudi membazirkan masa mereka untuk entry ni. Let's meet again on the ither entry. Adios! ( ´ ▽ ` )ノ
Next Entry : Jom Kurus! Diet tanpa Senaman ✧*:・゚
0 comments: