Jom Kurus! Diet tanpa Senaman ✧*:・゚

May 17, 2017 Nurul Aida Aziz 0 Comments


Bismillah and assalamualaikum~ We meet again, minna-san! o(^▽^)o  Okay untuk entry kali ni, Aida nak share beberapa tips untuk misi kuruskan badan since Aida pon masih dalam proses nak menguruskan badan hikss. So I really hope that every info that I put here merely enough untuk sesiapa yang baru nak start diet ( ´ ▽ ` )ノ


Macam mana boleh terdetik nak diet?

Masa mula-mula pindah BK rasanya berat Aida still tk overweight lagi tau tapi start masuk form 4, berat dah mula pelan-pelan naik maybe sbb masa tu Aida dah mula sesuaikan diri dngan new surrounding and makan pon tak jaga sbb yee laa masa tu Aida fikir yang makan jee yang dapat release tension (⌣_⌣”) Tapi masa tu tk aware lagi yang berat dah naik hahaha. Sampai laa form 5, maintain laaa mcm tu ; makan tak jaga and kalau rasa nak makan, makan jee within anytime and my previous bad habit is stay up late and makan benda merapu like nasi goreng. That's why laa berat naik ಥ_ಥ Memang that time tk pernah nak amik tahu pasal berat badan sbb Aida jenis yang tk berapa nk kisah pasal penampilan diri tp bukan laa Aida jenis yang selekah, NO! Maksudnya in a way yang Aida selesa which is pakai baju yang Aida selesa eventhough it's not a fesyen and I'm not even wear make up. Just tepek bedak jee kalau nak keluar hahhaha. Sampai laa satu masa where I need to do the ujian segak and bila timbang berat badan ; 'Makkkk aihhhh! 60KG?! Serious kee?!' And just imagined okay ; Tinggi Aida was 149cm and berat pulak 60kg. Takk kee nampak mcm tk stabil tuuu! 。゚(*´□`)゚。 


And then, masa second or third last day of SPM papers, ada cikgu tu, dia guru kelas Aida masa Aida form 3 and masa tu kan baru pindah. Nama cikgu tu Cikgu Suriani. Dia tegur laa Aida masa rehat tu. Dia kata ; 'Aida nampak 'bahagia' ye sekarang?' Cikgu tu senyum bukan main lebor hahaha. Aida faham apa yang cikgu tu maksudkan dngan 'bahagia' tu hahah and  Aida just gelak jee laa masa tu huhu. Tapi tk dinafikan memang bahagia pon sbb everything went smooth masa tu including for friends and family. Everytime lalu depan cermin je, mesti peghati jee diri sendiri. Sedihhhh. Tapi tak de laa smpai tak sayangkan diri sendiri, okay? Sejak daripada tu laa, terdetik nak diet.



Permulaan Diet :


Lepas habis SPM, Aida terus pasang niat nak diet. Takk nakk dahh stay dalam keadaan chubby ni um. Mula-mula diet tu Aida cuba laa try Diet Atkins. Rasanya ramai yang tahu apa tu Diet Atkins which is dalam diet tu, kita tak amik even one carbohyrates in a meal. Kalau tk tahu, boleh klik di sini untuk further reading.

Tapi untuk Aida, Aida tk sesuai dengan Diet Atkins ni sbb dia tk amik carbs langsung so bila Aida tetiba cut off carbs terus, badan jadi shock and tak lehh nak terima. Just tahan for few days jee then lepastu give up uhmm (.﹒︣︿﹒︣.) Then, start makan mcm biasa which is of course not healthy laa ・゜・(ノД`) So, mcm biasa laa Aida scroll laa twitter sbb most of my time spend there. You know, peeping about new yaoi manga to read or to fangirl about manga or just to have a nice chat with mutuals (「・ω・)「 Okay skip that part hahahaha. And somehow I find a new motivation untuk start diet balik which is I saw my senpai tweeting about her diet plan and masa tu Aida rasa mcm excited + motivated nak teruskan diet (•̀o•́)ง So that time, terus slide into her DM and tanya pasal her diet plan. Here is our convo :


  
                                         




      



                                           




       


Based on our convo, rasanya korang dah boleh figured out mcm mana nak start a diet dengan #sukusukuseparuh tapi bagi mereka yang still clueless, let's move on to the next topic untuk cara nak turunkan berat badan tanpa bersenam (^_-) Let's go! 



Betul ke boleh kurus kalau tak bersenam?

Iyeee betul. Tak tipu. Korang tahu tak apa basics untuk turunkan berat badan?


See? Ni jee yang kita perlu buat kalau nak turunkan berat badan o(^▽^)o 
Yang paling penting korang kena kurangkan portion makanan. Even korang tak bersenam pon korang still boleh turunkan berat badan dengan semulajadinya. Tapi cara ni mungkin makan masa sikit laa and it also depend on badan masing-masing. Kalau cepat turun, then great! (/^▽^)/ Tapi kalau lambat nak turun, sabar sikit, okay? (ノ・_-)☆



Amalkan benda ni kalau korang nak amalkan diet tanpa bersenam :


  • Ubah cara pemakanan kepada #sukusukuseparuh
#sukusukuseparuh? Apa tu? Haa #sukusukuseparuh ni maksudnya dalam pinggan kita tu kita bahagikan kepada 3 bahagian. Then kita hanya perlu amik carbs (biasanya nasi laa kalau untuk makan tengahari dngan malam, mee, bihun, keuw tiaw) suku bahagian pinggan which is 2 senduk. 2 senduk jee yee? Hahaha. Lauk pulak kalau yang ada ketul-ketul tu mcm ikan and ayam goreng atau masak sup tu, ataupun ikan sambal amik laa seketul/seekor setiap meals (lunch and dinner). Sayur pulak amik banyak-banyak tau? Sayur ni kurang kalori so kalau makan banyak pon tak pee tapi bergantung jugak pada cara masakan sayur tu. Kalau mcm Aida, Aida akan avoid makan sayur lemak mcm kubis masak lemak, sayur lemak pucuk paku. Aida biasanya masak sendiri sayur ni and biasanya Aida just buat sayur goreng atau sayur campur. Mostly cara masakan yang tak berkuah laa.


Okay, setakat ni faham tak? Kalau tak faham, mehh tengok gambar ni. Let the pictures tell you the real stories (゚∇^*)





Haaa faham kan? (p^-^)p Haaa lagi satu sebelum Aida terlupa. Untuk breakfast, jangan makan banyak-banyak sngat mcm nasi goreng, mee goreng, roti canai dll. Makanan tu semua banyak kalori and kalau korang buat banyak aktiviti mcm kemas rumah ke atau aktiviti yang memerlukan tenaga banyak so boleh jee makan semua tu sbb kita akan bakar balik kalori tu. Tapi kalau korang jenis yang mendap jee lepas breakfast tak buat apa, Aida nasihatkan jangan makan banyak/overdose time breakfast, okay?

Lagi satu Aida nak pesan, ni tips daripada senpai Aida : Makan asing-asing. Mula-mula sekali korang makan sayur. Dah habis sayur, korang makan lauk pulak. Last sekali baru makan nasi. Kita makan asing-asing sbb nak memudahkan sistem pencernaan. And according to my senpai, berat kita naik sbb kita campur semua jenis makanan dalam satu suapan.

Sepanjang Aida diet ni, Aida memang makan asing-asing. And sekarang Aida dah boleh cut off nasi sbb bila dah kenyang makan sayur dngan lauk, rasa tak selera nak makan nasi.


Tapi Aida nak pesan ni. Kalau korang jenis yang perlu pakai tenaga yang banyak dalam seharian, korang kena jugak makan nasi sbb carbs membekalkan tenaga. Kalau korang cut off nasi, takut korang tak de tenaga nak buat kerja. Amalkan je #sukusukuseparuh tuu. Jangan risau. Berat korang akan turun jugak, okay?

Pastikan korang makan pada waktu yang betul, okay? Especially untuk makan malam. Jangan makan lambat sngat sbb nanti susah nak hadam.



Tak tahu menu apa nak makan untuk breakfast, lunch dngan dinner sepanjang diet ni? → sila klik di sini


  • Banyakkan minum air suam



Air suam or air kosong ni benda yang paling wajib amik. Bukan jee untuk diet, tapi korang kena amalkan selalu walaupun tk diet. Cut off terus air manis, air carbonated yang korang selalu minum tu. Air suam/air kosong ni bukan saja 0 kalori malah mengeluarkan toksin dalam badan. Tahu tak kenapa korang akan kerap ulang alik ke toilet bila minum air suam/air kosong? Haaa jawapan dia mcm yang Aida nyatakan dkat atas tu ; badan mengeluarkan toksin melalui proses perkumuhan (hahah rasa mcm tulis jawapan untuk paper bio). Jadi nak tak nak, korang kena laaa pergi ulang alik ke toilet. Ni satu lagi Aida nak pesan : Bila tengah makan, jangan sesekali makan bersulam air. Korang tahan laa rasa haus korang tu. Kalau boleh sekurang-kurangnya minum air minima 10 minit atau maksima 30 minit selepas makan. Nak tahu tak kenapa kita tak digalakkan makan bersulam air? Mehh rajinkan diri baca artikel ni. 


Sebab tu laa kita tak digalakkan makan bersulam air. At least lemak takkan terbentuk dengan cepat sebab lemak hanya akan terbentuk 2 jam lepas kita makan.  So satu lagi, sebab tu kita amat digalakkan mengurangkan portion makanan supaya jumlah lemak yang akan terhasil tu takkan beranak-pinak. 

Pastikan korang minum air pada waktu yang betul dan mencukupi yee ? Bila rasa haus, minum jee air suam/air kosong.


Nak tahu apa lagi kelebihan minum air suam/air kosong? → boleh klik di sini


  • Makan snek yang sesuai pada waktu yang sesuai
 Haa snek yang Aida maksudkan bukan jajan or fast food tau? Tapi snek yang Aida maksudkan adalah buah-buahan ( ´ ▽ ` )ノ Apa-apa jenis buah pon boleh tapi pastikan korang makan buah pada waktu yang sesuai yee. Contohnya kalau lepas breakfast dalam pukul 10-11 am korang still lapar, boleh laa makan buah. And then kalau lepas lunch dalam pukul 3-5pm  pon kau still lapar, makan je buah. Tapi untuk waktu malam, kalau boleh avoid makan buah pukul 10pm ke atas sbb Aida ada terbaca artikel about avoiding makan buah lewat malam sbb buah mengambil masa yang lama untuk hadam. So, kalau korang makan buah pukul 10pm ke atas, nanti lambat nak tidur sbb nak bagi makanan hadam. 

Aida biasanya akan makan epal jee untuk snek. And epal pon banyak tau kebaikan dia ( ゚▽゚)/




Korang amalkan je cara-cara ni and In Shaa Allah, berat korang akan turun. Tapi kalau berat korang dah turun, jangan stop dkat sini jee diet ni. Kalau boleh jadikan diet ni sebagai amalan and habits. Aida dah sebulan lebih amalkan diet cara ni and harapnya ada laa perubahan tapi tu laa Aida still tak de kesempatan nak timbang berat sbb penimbang sendiri tak de. Lagi satu, nak timbang berat dkat machines yang selalu ada dkat mall tu segan pulak hahahaha. So Aida memang dah niat dalam hati masa mula-mula diet haritu yang Aida nak jadikan diet ni satu habits.


Target Aida is, nak capai berat <40kg sebelum umur 20 hikssss.


Here a picture of me in the middle of dieting (*´∀`*) 




Sebelum Aida tinggalkan korang yang baru nak start diet dengan cara Aida ni, Aida ada a few extra tips untuk korang d=(´▽`)=b

  • Tahu tak yang korang boleh bakar kalori dengan hanya membuat kerja-kerja rumah?
Sebenarnya, ni laa cara Aida untuk 'bersenam'. Since Aida 24/7 dekat rumah and ibu ayah pon kerja, adik-adik pon sekolah, Aida memang banyak menghabiskan masa dengan mengemas rumah especially mengemop and menyapu lantai. Tambahan pulak rumah double storey, memang turun naik tangga jee laa kerjanya. So, Aida gantikan senaman dngan buat kerja-kerja rumah. It just like killing two birds with one stone ; rumah bersih and kalori pon terbakar. Yeayyy! Kalau tak kemas rumah, memang rasa bersalah laa sbb rasa mcm tak bakar kalori langsung eventhough makan sikit. Bagi mereka yang banyak menghabiskan masa di rumah tanpa berbuat apa-apa, it's time to get up and pull up your sleeves, ladies! Ini cara yang efficient untuk mereka yang tak keluar rumah nak joging apa semua kan? Tapi pastikan lepas korang mengemas rumah, korang terus mandi tau? Sbb peluh-peluh yang keluar masa kita buat kerja tu sebenarnya toksin. Kalau kita tak mandi, nanti toksin tu meresap balik dalam badan. Aida memang akan selalunya mandi lepas buat kerja rumah sbb melekit. Tak selesa.

Nak tahu berapa banyak kalori yang kita bakar bila buat kerja rumah? → boleh klik di sini
Dekat website tu korang boleh adjust dengan berat korang and korang akan tahu berapa banyak kalori yang korang akan bakar bila buat aktiviti-aktiviti tertentu.


  • Susah laa nak hentikan tabiat mengunyah especially bila tidur lambat
Haaa ni Aida share satu tips untuk hentikan tabiat mengunyah korang tu especially yang suka jadi burung hantu tu. Tapi biasanya burung hantu ni mengadap phone so basically dieorang akan distract themselves daripada rasa lapar and dieorang akan terus tidur lepas tu. Tapi bagi korang yang suka tengok tv smpai lewat malam, lepas tu lapar, Aida nasihatkan korang untuk berus gigi awal-awal. 


Bila korang nak suap je makanan masuk mulut, korang akan teringat yang korang dah gosok gigi and rasa malas nak gosok gigi sekali lagi so korang akan membatalkan niat korang untuk mengudap. Lagi satu, kalau rasa lapar, minum air suam/air kosong. Bila dah minum air, korang akan rasa kenyang.


  • Emm diet selalu sangkut laa. Kejap on, kejap off. Ada tips tak?
Untuk yang ni Aida tak de tips sendiri and kebetulan pulak masa tu Aida tngah search google and masuk satu blog ni. Memang bagus isi kandungan dia. Baca punya baca, Aida ternampak satu entry ni pasal cara nak mengekalkan diet kita daripada off track. sila klik di sini

So, Aida pon ikut laa tips dia. And biasanya waktu malam yang mencabar sebab most of time Aida melepak tak buat apa. So untuk distract minda Aida untuk tak fikir pasal makanan, Aida akan sibukkan diri dengan menulis blog, ataupun dengar lagu. Biasanya Aida memang akan tertidur bila dengar lagu hahaha. And now, alhamdulillah dah tak pikir sngat dah pasal makanan all the time.


So untuk sesiapa yang baru nak mulakan diet, Aida ucapkan good luck! Ganbatte kudasai! (✿ ♥‿♥) Memang agak susah untuk ubah habits sbb dah biasa, tapi In Shaa Allah bila korang stick dngan habits tu, nothing will got in your way, babe! Kayuh pelan-pelan. Kalau mcm korang susah nak minum air kosong, cuba buat satu sistem. Contoh, hari pertama, minum 1 cawan. Hari kedua, minum 2 cawan and so on. Cara nak cipta habits ni korang boleh klik di sini . Cara yang Aida bagitahu tadi tu ada dalam link tu (。•̀ᴗ-)✧

Aida start minum air suam pon masa Aida start period haritu and rasanya dah almost sebulan jugak laa minum air suam. Sbb Aida ada terbaca satu artikel, dia kata tak boleh minum sejuk time period. Sebelum period tu, Aida taguk air kosong sejuk jee. 


Tapi bila period, tak boleh minum sejuk so minum laa air suam sbb dkat rumah ada water dispenser kan. Kalau nak minum, tak perlu nak masak air. Dalam tempoh seminggu tu, Aida saja laa search google about kesihatan badan pe semua. Then terbukak satu websites pasal kebaikan minum air suam. Baca punya baca, baru terfikir yang selama ni sebenarnya tak elok minum air sejuk walaupun air kosong. So start daripada hari tu, terus minum air suam. Kalau nak keluar pergi mana-mana, Aida mesti akan bawak air kosong sendiri sbb family tak minum air kosong hehehe. And lagi satu yang Aida perasan sejak minum air kosong ni, Aida mcm dah lost interest dngan air manis. Everytime tengok air manis or benda-benda manis mcm kek, automatically Aida akan dapat goosebump and meremang. Memang tak minat langsung dngan benda manis. And now, Aida pon dah tak berapa nak pandang nasi sngat sbb dah cut off nasi. Tak de rasa 'mengidam' langsung nak sentuh nasi ◝( ′ㅂ`)و ̑̑ 


So good luck to all of you! Jangan risau, In Shaa Allah, berat korang akan turun asalkan korang ada usaha nak teruskan diet (-ω-ゞ Kalau Aida ada kesempatan nak timbang berat, Aida akan masukkan testimoni Aida dalam entry ni, In Shaa Allah o(〃^▽^〃)o

Sekian saja untuk enry kali ni. Jumpa lagi di entri akan datang~ ( ・ω・)ノ

Thank you for reading! ✿

0 comments: